Kesinambungan kisah MPSB

Salam kepada semua.

Secara ringkas, ingin saya beritahu, program pembangunan usahawan bukanlah program seumpama berbentuk pelaburan. Istilah 'labur' mempunyai makna yang tersendiri dan tidak seharusnya dikaitkan dengan 'smart partnership'. Dalam program 'smart partnership', kita bertindak bersama-sama syarikat mengharungi liku-liku cabaran dalam memperkembangkan perniagaan.

Kesinambungan daripada kisah MPSB kini, kita dapat lihat program pembangunan usahawan mulai mendapat perhatian orang ramai, syarikat-syarikat smart partnership mulai bertambah, koperasi diterbitkan dan banyak lagi.

Saya rasa anda semua pasti sudah tahu masalah yang sedang dihadapi oleh MPSB sekarang. Namun, perkembangan kian tampak positif dan diharapkan, segala doa, usaha, kita termakbul. Kita sebagai partner, haruslah berani tampil menyokong segala usaha yang dilakukan. Sama-sama lah kita mendoakan usaha murni dibalas dengan perkara yang bermanfaat buat kita semua.

Wassalam

p/s: sudahkan anda mendaftar mailling list dxniaga? masukkan email anda di ruangan kiri dan klik daftar. marilah sama-sama kita sokong mpsb.

p/p/s: Anda ada artikel/berita terbaru tentang MPSB? Terbitkan tulisan anda disini. Hubungi saya email : peniagajaya@gmail.com , dapatkan akses untuk menulis artikel disini. Sama-sama kita berkongsi pengetahuan di sini.