Update terkini. MPSB masih dalam siasatan

Kepada semua rakan-rakan kongsi MPSB, makluman terkini..... Syarikat MPSB masih dalam siasatan Bank Negara dan mereka yang berkenaan akan memberi kerjasama yang terbaik kepada Syarikat MPSB. Oleh yang demikian berkenaan bonus dalam bulan ini terpaksa ditangguhkan diatas nasihat Bank Negara kerana siasatan yang sedang dijalankan. Harap semua rakan kongsi dapat memberi kerjasama kepada MPSB dan mudah-mudahan siasatan BNM dapat diselesaikan secepat mungkin dan MPSB dapat beroperasi seperti sediakala. Doa daripada semua rakan-rakan kongsi dan kerjasama kepada Syarikat MPSB amatlah dihargai. Pihak MPSB akan memaklumkan maklumat-maklumat terkini dari masa kesemasa. Sekali lagi, kerjasama dari semua pihak sangat-sangatlah dihargai.

For more info : http://www.royalpattani.blogspot.com

: http://mpsb.freeforums.org

Diharapkan para partner bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Apa-apa pun, masalah yang dihadapi makin positif dan kita harap, semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Oh ya! Harap anda sudi mendaftarkan email anda dengan DXNiaga. Saya akan postkan berita-berita terkini. Mari lah kita sama-sama memberi sokongan kepada MPSB.